Tips-Tips Fokus Ketika Belajar ๐Ÿ“š๐Ÿ““๐Ÿ“–

Kulit dari pendidikan itu memang pahit, namun buahnya sangatlah manis manakala aromanya sangat wangi.

Dalam hidup, kita tidak pernah lari dari belajar. Dengan belajar kita dapat banyak ilmu. dengan ilmu, kita dapat berjaya. Pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu secara formal dan tidak formal. Walaubagaimanapun kaedah belajar, perkara yg sngat penting dalam belajar adalah penumpuan fokus yg sngat tinggi. Ini kerana, pembelajaran tanpa fokus hanya akan menjadi sia-sia kerana dan buang masa.Oleh itu, berikut adalah perkongsian pertama saya:-


  • Jauhkan gajet serta peralatan elektronik di sekeliling anda๐Ÿ“ต๐Ÿ“ต


    Ledakan gajet-gajet yang canggih menjelang abad ke 21 ini sememangnya telah menjadi perhatian contohnya yang terpapar seperti visual di atas. Perkongsian saya ini tidak hanya tertumpu kepada remaja tetapi kepada semua orang tanpa mengira peringkat umur memandangkan peralatan-peralatan elektronik sekarang tidak hanya dimiliki oleh remaja dan orang dewasa, bahkan kanak-kanak di prasekolah jugak ada yang memiliki Iphone serta laptop.Pesanan saya, offkan ๐Ÿ“ด๐Ÿ“ด dan putuskan network internetnya sepanjang proses pembelajaran.


  • Pilih persekitaran yang sesuai

    Pertama-tamanya, jauhi tempat tidur 1seperti di atas katil. Sememangnya katil sangat tidak sesuai dijadikan tempat tidur dengan keempukan bantal serta tilamnya yang mampu mengundang rasa mengantuk๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด.Tidak sampai 10 minit sahaja anda boleh ke alam mimpi. Carilah tempat yang mempunyai kerusi serta meja yg luas utk diletakkan buku-buku. Kajian juga ada menunjukkan bahawa warna keaadaan sekeliling juga dapat memberi kesan dalam mengekalkan fokus kita. Jangan memilih kawasan yang semak๐Ÿ“š๐Ÿ“š serta sempit kerana fikiran anda juga akan menjadi kusut.Berikut adalah tempat-tempat yg sesuai dijadikan tempat belajar:-




  • Take 5

    Kajian menunjukkan minda kita mampu khusyuk selama 40-50 minit sahaja dan kita perlu berehat selama 10-20 minit. Dengan berehat, minda kita mampu dicas semula untuk memproses maklumat yang baru.

  • Sediakan snek-snek ringkas

      Tahukah anda bahawa gula-gula๐Ÿฌ atau dark coklat๐Ÿซ mampu menghilangkan ngantuk dan ia amat sihat jika diambil walaupun secara berlebihan. Jangan ambil minuman bertenaga atau kopi☕ untuk kekal berjaga kerana ia mampu melemahkan sistem badan kita. 

  • Sediakan peralatan yang mencukupi

    Letak barang serta buku-buku๐Ÿ“– yang anda perlukan berdekatan dengan anda supaya anda tidak perlu bergerak untuk mengambilnya kerana ditakutkan, niat untuk mengambil buku itu diganti dengan menonton tv.

  • Duduk dengan posisi yang betul

    Posisi duduk yang betul mampu mengekalkan fokus selain membetulkan tulang belakang kita.

  
  • Set minda untuk mencapai sesuatu

     Jika tips-tips di atas tidak dapat membantu, mungkin anda boleh mencuba untuk mencabar diri anda. Mencabar apa? Ya, jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi tetapkan matlamat untuk mencapai sesuatu๐Ÿ”ฎ๐Ÿ”ฎ daripada peperiksaan tersebut. Contohnya:-
   "Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku nak minta mama Macbook," Simple step, tapi mana tahu berkesan kan? 

    Namun yang sebenarnya, betulkan niat. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa dengan belajar, kita mampu capai pelbagai perkara seperti mudah untuk mendapat kerja serta memohon biasiswa. Ingatkan sesuatu kebaikan daripada apa yang sedang anda lakukan. setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Moga bertemu lagi. ๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Refleksi Diri ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ

Saluto Everyone !!!๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹